Friday 5 September 2014

Ikan Keli Berlado Rambo Stail


Cara memasak Keli Berlado Nogori paling sempoi Rambo stail.

Bahan utama:

1) Ikan keli yang siap disiang dan digoreng kunyit.

Bahan kisar:

1) Bawang Merah
2) Bawang Putih
3) Cili Merah
4) Cili Padi (Mengikut tahap kepodasan yang lidah anda tahan makan)
5) Air

Stail masak:

1) Tumiskan bahan kisar.
2) Masukkan air asam dan garam sesuka hati.
3) Masak sehingga naik bau.
4) Tuangkan di atas ikan keli yang telah digoreng tadi.
5) Siap untuk dihidangkan kepada yang tersayang.

* Sukatan mengikut gerak hati. Sesuaikan mengikut jumlah orang yang mahu makan.

Simplekan? Kini sesiapa sahaja boleh masak!

Di Masak Lomak Cafe & Catering, hidangan ini berharga RM3.50.



Untuk tempahan untuk katering, 
hubungi 011-2326 0204

Thursday 21 August 2014

Bihun Rambo

Bahan asas Bihun Rambo terdiri daripada bahan-bahan terpilih dan berkualiti. Kami menggunakan bihun jenama SUFI kerana teksturnya yang lembut dan kenyal. Diadunkan bersama sayur-sayur segar dan rempah asli. Telur yang digunakan terlebih dahulu dibasuh bersih sebelum dimasak bersama. 

Menu ringkas tapi sodap ini sangat sesuai untuk majlis ringkas seperti minum petang atau sarapan pagi. 


Untuk tempahan katering Bihun Rambo, boleh hubungi 
011-2326 0204.

Wednesday 20 August 2014

Surau Umar Al-Khattab dan Masak Lomak Catering bergabung!

Syawal semakin meninggalkan kita, anda sudah buat puasa suant enam? Jika belum, masih ada kesempatan beberapa hari lagi untuk kita memperolehi ganjaran pahala  berpuasa setahun.

Sempena Aidilfitri ini, kami di Masak Lomak Catering telah membuat keputusan untuk berkaloborasi dengan Surau Umar Al-Khattab, Bandar Seri Putra, Kajang untuk menganjurkan jamuan hari raya bersama-sama komuniti sekitar.
Pelbagai menu akan disediakan dan pastinya RARE dengan tema raya. Ada masakan kampung, ada masakan barat dan juga Nasi Rambo yang sedang Hot sekarang. Kalau anda belum merasa lagi masakan kami yang premium ini, jemputlah datang bersama keluarga dan sahabat handai untuk memeriahkan majlis.
Majlis bermula dengan Solat Magrib berjamaah dan disusuli dengan kuliah perdana oleh ustaz jemputan. Selesai kuliah kita akan bersolat Isya' berjamaah dan seterusnya makan!

Simpan tarikh ini ya! 24 Ogos 2014 Ahad.

Thursday 14 August 2014

#RayoSebulan Open House Catering Package. Only in Malaysia.

Sempena Syawal yang masih berbaki ini, kami menawarkan pakej Rumah Terbuka Katering #RayoSebulan. 

Pakej katering yang sesuai dan mesra rumah terbuka. Bukan susah sangat nak buat rumah terbuka! Anda labur RM12.90 sahaja dan kami selesaikan dan mudahkan kerja anda. Tetamu rumah terbuka ada pasti memuja-muji hidangan anda nanti.

Untuk tempahan, Hubungi 011-2326 0204.

Wednesday 13 August 2014

Jualan Amal Gaza Bazar Ramadan

Segala puji bagi Allah kerana Nasi Rambo bersama Masak Lomak Catering berjaya mengumpulkan sebanyak RM484.50 daripada jualan bazar Ramadan hari tersebut.
Jumlah terkumpul tersebut telah kami salurkan ke Tabung MAPIM untuk disampaikan terus ke wakil Palestin di sana.

Jutaan terima kasih kepada semua pelanggan-pelanggan dan para peminat rambo yang menyokong dan cakna pada saudara kita di Gaza.
Gaza sentiasa di dalam doa kami.

Sunday 10 August 2014

Ikan Keli Masak Berlado



Ikan Keli dipasangkan dengan sambal lado style Negori memang buat kami tertelan air liur waktu-waktu tengahari ini. Pedas diluar dan garing di dalam. Makan dengan nasi putih sahaja pun dah puas hati.

Untuk tempahan, hubungi 011-2326 0204

Ikan Keli Masak Lomak Asli Negori

Ikan Keli Masak Lomak Asli Negeri Sembilan

Ikan Keli mempunyai pengemarnya tersendiri. Lagi-lagi jika Ikan Keli Masak Lomak ini. Ramuan cili padi kampung dan santan segar membuat rasanya kaya dan berlemak. Tidak terlalu pedas dan pastinya sedap tak terkata.

Untuk tempahan, hubungi 011-2326 0204.

Spaghetti Meatball Spiral


Spaghetti Meatball

Spaghetti Meatball merupakan hidangan dari itali. Persembahan hidangan dan rasa disesuaikan dengan rakyat Malaysia tanpa menghilangkan keaslian itali. Ditambah dengan sos meatball yang pekat pasti membuatkan anda tidak serik untuk makan lagi.

Untuk tempahan, hubungi 011-2326 0204

Daging Rendang Asli Negori


Daging Rendang Asli Negeri Sembilan

Daging Rendang Asli Negeri Sembilan berbeza dengan rendang negeri lain. Kaya dengan santan asli dan kerisik. Dimasak bersama lengkuas dan cili kampung segar. Rasanya enak dan kepedasannya yang sesuai dengan lidah masyarakat bandar.

Untuk tempahan, boleh hubungi 011-2326 0204. Sekali rasa pasti ketagih.