Syawal semakin meninggalkan kita, anda sudah buat puasa suant enam? Jika belum, masih ada kesempatan beberapa hari lagi untuk kita memperolehi ganjaran pahala berpuasa setahun.
Sempena Aidilfitri ini, kami di Masak Lomak Catering telah membuat keputusan untuk berkaloborasi dengan Surau Umar Al-Khattab, Bandar Seri Putra, Kajang untuk menganjurkan jamuan hari raya bersama-sama komuniti sekitar.
Pelbagai menu akan disediakan dan pastinya RARE dengan tema raya. Ada masakan kampung, ada masakan barat dan juga Nasi Rambo yang sedang Hot sekarang. Kalau anda belum merasa lagi masakan kami yang premium ini, jemputlah datang bersama keluarga dan sahabat handai untuk memeriahkan majlis.
Majlis bermula dengan Solat Magrib berjamaah dan disusuli dengan kuliah perdana oleh ustaz jemputan. Selesai kuliah kita akan bersolat Isya' berjamaah dan seterusnya makan!
Simpan tarikh ini ya! 24 Ogos 2014 Ahad.
Wednesday, 20 August 2014
Comments by IntenseDebate
Posting anonymously.
Surau Umar Al-Khattab dan Masak Lomak Catering bergabung!
2014-08-20T05:48:00-07:00
Masak Lomak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)